RSS

Penyakit Hemoragik Bayi Baru Lahir dan Kepentingan Vitamin K

14 Mei

S1 : Apakah penyakit hemoragik bayi baru lahir (haemorrhagic disease of the newborn).

Terdapat dua jenis penyakit pendarahan neonat yang disebabkan oleh kekurangan vitamin K.

i) Pendarahan neonat yang berlaku di dalam masa beberapa hari pertama selepas lahir. Jenis ini merupakan jenis penyakit hemoragik bayi baru lahir yang klasikal.

ii) Pendarahan yang berlaku selepas umur satu bulan, biasanya di antara satu hingga enam bulan. Pendarahan jenis ini biasanya berlaku di dalam otak. Penyakit jenis ini juga berkaitan dengan penyusuan susu ibu.

S2 : Apakah gejala penyakit ini?

Neonat yang menghidapi penyakit ini biasanya kelihatan sihat dan kebanyakannya hanya menyusu dari susu ibu. Pendarahan biasanya berlaku di antara hari kedua dan hari keempat selepas lahir, di mana neonat itu muntah darah, membuang air besar yang mengandungi darah, berdarah dari tali pusat atau kencing berdarah. Kadang kala pendarahan boleh berlaku di dalam otak atau selaput otak menyebabkan sawan.

S3 : Apakah mekanisma penyakit ini?

Penyakit ini berlaku akibat kekurangan beberapa faktor pembekuan di dalam darah yang bergantung kepada vitamin K di dalam penghasilannya di hati. Pemindahan vitamin K dari ibu ke bayi semasa di dalam kandungan adalah berkurangan. Akibatnya, kandungan vitamin K di dalam darah neonat dan seterusnya kandungan faktor pembekuan yang bergantung kepada vitamin K di dalam darah iaitu faktor II, VII, IX dan X adalah rendah dan pendarahan boleh berlaku di dalam beberapa hari pertama.

S4 : Mengapakah neonat yang menyusu dari susu ibu lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini?

(i) Susu ibu mengandungi hanya satu perempat dari kandungan vitamin K di dalam susu tepung.

(ii) Sumber vitamin K yang lebih penting ialah bakteria di dalam usus neonat yang boleh menghasilkan vitamin K. Usus neonat yang menyusu dari susu badan, mengandungi bakteria jenis laktobasilus yang tidak boleh menghasilkan vitamin K jika dibandingkan dengan bacteria jenis lain yang terdapat di dalam usus neonat yang menyusu dari susu tepung.

S5 :Bagaimana penyakit ini dapat dielakkan?

Penyakit ini dapat dielakkan dengan cara memberi semua neonat vitamin K 1 mg samada secara suntikan I.M. atau oral sebaik sahaja selepas lahir. Jururawat harus memastikan bahawa semua bayi yang lahir di rumah atau hospital mesti diberi suntikan I.M vitamin K.

S6 : Adakah terdapat bayi lain yang lebih berkemungkinan mengidap ini selain daripada bayi yang menyusu susu ibu?

Bayi kepada :

(i) ibu yang menerima rawatan terhadap penyakit sawan semasa mengandung.

(ii) ibu yang memakan ubat mencegah pembekuan darah semasa mengandung seperti warfarin, adalah lebih berkemungkinan mengidap penyakit ini. Bayi yang mengidap cirit-birit berpanjangan juga berisiko tinggi mengidap penyakit ini.

S7 : Apakah ujian yang boleh dijalankan untuk mengesahkan penyakit ini?

Ujian pembekuan darah “Prothrombin Time” (PT) akan mengesahkan penyakit ini. PT akan berpanjangan.

S8 : Apakah rawatan yang harus diberikan kepada neonat yang mengidap penyakit ini?

(i) Vitamin K 1 mg jika diberi secara suntikan I.M. atau I.V. biasanya dapat memberhentikan pendarahan di dalam jangkamasa dua jam.

(ii) Sekiranya pendarahan terus berlanjutan, pendarahan serius atau pendarahan di dalam otak (sila lihat gambar dibawah) berlaku, pemindahan darah akan diperlukan serta rawatan intensif.

(Sumber_PPM by. DR. TANG SIEW CHING)

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada 14 Mei 2011 in Kesehatan

 

Tag: , , , , , ,

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: